Pembinaan Asas Rumah IBS dan Konvensional

Pembinaan Asas Rumah IBS dan Konvensional

Terdapat dua kaedah tapak pembinaan yang berbeza sebelum rumah atau bangunan dibina. Kaedah footing dan juga Rafting. Tapak rumah merupakan satu komponen yang sangat penting bagi pembinaan. Sekiranya asas tapak tidak dibina dengan betul, ianya bakal menjadi satu binaan yang tidak kukuh dan kestabilannya diragui. Asas tapak dibina bertujuan untuk menampung dan memindahkan beban keseluruhan bangunan ke tanah di sekeliling pembinaan amnya.

Pembinaan Asas Rumah IBS dan Konvensional

Kaedah Footing tanah perlu digali sehingga mencecah kedalaman sebanyak 900mm (minimum) atau lebih mengikut kekuatan tanah asal . Semakin dalam tanah digali, semakin stabil rumah atau bangunan yang dibina. Ini adalah kerana apabila tanah digali semakin dalam, kedudukan bangunan tersebut hampir dekat dengan pusat bumi (centre of gravity). Ujian manchintosh proba yang mana untuk menguji kekuatan galas tanah tersebut.

manchintosh proba yang mana untuk menguji kekuatan galas tanah tersebut.

Berbeza dengan teknik footing, kaedah rafting juga sesuai untuk binaan asas tapak bangunan, khususnya tanah jenis gambut kerana ia membahagi beban struktur rumah pada sebuah kawasan yang luas. Kaedah ini dapat mengelakkan struktur rumah daripada retak sekiranya berlaku pergerakan ataupun mendapan tanah.

Penggunaan kaedah rafting dalam pembinaan asas rumah, tanah tidak perlu digali dan teknik ini perlu mengikut khidmat jurutera. Sebelum tapak dibina, tanah diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum formwork dirangka. Apabila formwork dibentuk, ia akan diisi dengan tanah atau pasir dan besi disekelilingnya (beam). Besi BRC juga akan diletakkan di tengah- tengah formwork.

Besi BRC mempunyai banyak saiz, tetapi ianya lebih elok menggunakan besi BRC saiz A7 atau A8 yang bersaiz besar dan mempunyai diameter yang besar. Apabila besi berdiameter besar, ia bermaksud besi tersebut lebih kuat berbanding besi berdiameter kecil. Sebelum besi ini diletakkan di dalam formwork, membrane sheet perlu diletakkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana untuk memastikan kualiti concrete berada dalam keadaan baik.

Bagi pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa, kami menggunakan teknik rafting yang bersesuaian mengikut keluasan dan reka bentuk rumah selain dinding IBS MeGGa yang ringan dapat menampung pada kaedah rafting. Teknik rafting hanya mengambil masa seminggu sahaja kebiasaan untuk disiapkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *