MENGENALI IBS V-PLUS SMART WALL: INOVASI PEMBINAAN MODEN
Tahukah anda bahawa teknologi IBS (Industrialised Building System) merupakan salah satu kaedah pembinaan moden yang membantu meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan proses pembinaan? Melalui penggunaan komponen yang disediakan terlebih dahulu, kerja pemasangan dapat dilakukan dengan lebih sistematik, sekali gus membantu menjimatkan masa dan mengurangkan pembaziran bahan binaan.
Seiring dengan perkembangan teknologi ini, AZ Mega Plus Group Sdn Bhd memperkenalkan dua produk utama, iaitu IBS V-Plus Panel dan IBS V-Plus Big Block, yang direka untuk memudahkan proses pembinaan moden. IBS V-Plus Panel bersaiz 600mm Γ 3000mm Γ 100mm dipasang secara menegak, manakala IBS V-Plus Big Block bersaiz 600mm Γ 1500mm Γ 100mm dipasang secara melintang. Kedua-dua produk menggunakan sistem pemasangan IBS yang membantu mempercepatkan kerja pembinaan, mengurangkan kebergantungan kepada kaedah konvensional serta menghasilkan pembinaan dinding yang lebih cekap, kemas dan sistematik.Ianya membantu mempercepatkan kerja pemasangan serta menawarkan ciri penebatan bunyi untuk keselesaan ruang dalaman. Lebih menarik, IBS V-Plus Smart Wall setebal 100 mm mempunyai ketahanan api sehingga 4 jam, berdasarkan sistem dan kaedah ujian yang berkaitan.

Bagi menyokong aspek kualiti dan pematuhan teknikal, produk IBS V-Plus Smart Wall mempunyai dokumen kelulusan dari CIDB, BOMBA, SIRIM dan JKR. Sijil kelulusan sangat penting untuk membantu pihak industri bagi menilai kesesuaian produk untuk kegunaan dalam sektor pembinaan.
IBS V-Plus Smart Wall merupakan satu langkah ke arah pembinaan yang lebih moden, praktikal dan efisien. Pemilihan sistem dinding yang sesuai bukan sahaja membantu melancarkan kerja pembinaan, malah turut menyumbang kepada keselesaan dan keselamatan bangunan.

GETTING TO KNOW IBS V-PLUS SMART WALL: AN INNOVATION IN MODERN CONSTRUCTION
Did you know that IBS (Industrialised Building System) technology is one of the modern construction methods that helps improve productivity and accelerate the construction process? By using prefabricated components, installation work can be carried out more systematically, helping to save time and reduce construction material wastage.
In line with the advancement of this technology, AZ Mega Plus Group Sdn Bhd introduces two key products, namely IBS V-Plus Panel and IBS V-Plus Big Block, designed to facilitate modern construction processes. The IBS V-Plus Panel measures 600 mm Γ 3000 mm Γ 100 mm and is installed vertically, while the IBS V-Plus Big Block measures 600 mm Γ 1500 mm Γ 100 mm and is installed horizontally.

Both products utilise an IBS installation system that helps accelerate construction work, reduce reliance on conventional methods, and achieve more efficient, neat, and systematic wall construction. They help speed up installation while offering sound insulation properties for improved indoor comfort. More importantly, the 100 mm-thick IBS V-Plus Smart Wall offers fire resistance of up to 4 hours, based on the relevant testing systems and methods.
To support quality assurance and technical compliance, IBS V-Plus Smart Wall products have approval documentation from CIDB, BOMBA, SIRIM, and JKR. These approval certificates are important references that help industry professionals assess the suitability of the products for use in the construction sector.
IBS V-Plus Smart Wall represents a step towards more modern, practical, and efficient construction. Choosing the right wall system not only helps streamline construction work but also contributes to building comfort and safety.



