TIPS MENGENAL PASTI KECACATAN RUMAH BARU (DEFECT INSPECTION)

Selepas dapat kunci rumah, pastikan periksa terlebih dahulu kerosakan atau kecacatan yang ada seperti pada dinding, tiles lompong, dan lain lain lagi. Kerosakan atau kecacatan ini perlu dikenalpasti untuk diperbaiki sebelum DLP (Defect Liability Period) tamat.

Antara peralatan yang digunakan adalah masking tape, marker pen, dan juga spray. Alatan ini digunakan untuk menanda supaya pemaju atau kontraktor membaiki kecacatan tersebut.
Perkara yang perlu dititikberatkan setelah mendapat kunci rumah adalah :

1)Tiles lompong

Ketuk semua tiles satu per satu untuk semak tiles yang lompong. Selepas dapat kenal pasti, tandakan tiles tersebut supaya pemaju β€˜alert’ keadaan tersebut. Kebiasaan simen penuh dan padat di bahagian tengah dan kosong bahagian tepi tiles.

2) Tingkap, sliding, dan pintu

Buka pintu, tingkap dan sliding door semaksima mungkin . Tingkap dan sliding door pastikan dapat dibuka dan ditutup dengan rapat serta kunci dapat digunakan.

3) Tangga

Pastikan pemegang tangga kukuh dengan semak sama ada bergoyang ataupun sebaliknya bila pegang .

4) Bilik air

Penuhkan bilik air dengan air dan biarkan dalam seminggu atau lebih. Periksa terlebih dahulu sama ada terdapat atau tak kesan air di bahagian siling bawah.Sekiranya ada, maklumkan kepada pemaju untuk pecahkan semula lantai dan waterproofing Kembali

5) Keretakan dinding

Periksa dinding jika terdapat keretakan terus berhubung dengan pemaju.

6) Kunci kembali rumah

-Kunci kembali pagar, tangkap, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.

-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bagi anda kontraktor yang nak bina rumah menggunakan lightweight panel wall IBS MeGGa ni atau perlukan apa-apa tips bantuan penerangan, boleh tinggalkan detail untuk kami hubungi diΒ KLIK SINIΒ atau whatsapp wakil kami dengan menekan butang whatsapp di bawah website ini.

facebook : https://www.facebook.com/azmpg

GOOGLE: AZ Mega Plus *EVOLUTION YOUR SYSTEM*

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *