PENGGUNAAN IBS V-PLUS SMART WALL TERUS MENDAPAT PERHATIAN DAN MENDAPAT TEMPAT BAGI PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH DI MALAYSIA.
Seiring dengan pertambahan jumlah pelajar, pembinaan bangunan bilik darjah tambahan di sekolah terus menjadi antara keutamaan dalam pembangunan infrastruktur negara. Bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual tanpa menjejaskan kualiti pembinaan, kaedah pembinaan moden seperti penggunaan IBS V-Plus Smart Wall, yang menawarkan pembinaan yang lebih sistematik dan berkualiti semakin mendapat perhatian.
Antara sebab utama IBS V-Plus Smart Wall ini semakin mendapat perhatian ialah kaedah pemasangannya yang lebih cepat berbanding kaedah konvensional. Ciri ini adalah amat penting bagi projek sekolah yang perlu disiapkan dalam tempoh terhad bagi menampung peningkatan bilangan pelajar. Selain itu, sistem ini turut menawarkan penjimatan kos yang ketara dari segi tenaga buruh, kerana ia hanya memerlukan dua hingga tiga orang tukang berbanding kaedah tradisional. Di samping itu, pemasangan IBS V-Plus Smart Wall juga meminimumkan gangguan terhadap operasi harian sekolah. Memandangkan pembinaan sering dijalankan di kawasan sekolah yang masih beroperasi, kawalan tapak yang ketat amat diperlukan bagi memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak terjejas dan persekitaran yang selamat.

Dari segi keselesaan pembelajaran, sistem ini turut menawarkan ciri penebat haba dan bunyi yang tinggi. Keupayaan IBS -V-Plus Smart Wall untuk mengurangkan penyerapan haba dari luar membantu menurunkan suhu dalaman bilik darjah, sekaligus memberikan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada pelajar. Ciri penebat bunyi pula membantu menyerap dan mengurangkan bunyi luar, membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan dan pelajar juga dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan.
Kesimpulannya, penggunaan IBS V-Plus Smart Wall dalam projek pembinaan bangunan bilik darjah tambahan merupakan satu penyelesaian yang praktikal dan berkesan bagi memenuhi keperluan pembangunan sekolah di Malaysia. Dengan kelebihan seperti pemasangan yang lebih cepat, penjimatan kos dan tenaga kerja, serta persekitaran bilik darjah yang lebih selesa, sistem IBS V-Plus Smart Wall ini semakin mendapat perhatian dalam pelbagai projek pembinaan sekolah.

IBS V-PLUS SMART WALL CONTINUES TO GAIN RECOGNITION AND BECOMES THE PREFERRED CHOICE FOR SCHOOL CLASSROOM BUILDING PROJECTS IN MALAYSIA
With the growing number of students, the construction of additional classroom buildings has become a key priority in Malaysia’s infrastructure development. To ensure that projects are completed on schedule without compromising construction quality, modern construction methods such as the IBS V-Plus Smart Wall system are gaining increasing attention.
One of the main reasons IBS V-Plus Smart Wall continues to gain recognition is its faster installation process compared to conventional construction methods. This advantage is particularly important for school projects that need to be completed within a limited timeframe to accommodate the increasing number of students. In addition, the system offers significant labour cost savings, requiring only two to three workers compared to traditional construction methods. Furthermore, the installation of IBS V-Plus Smart Wall minimises disruption to the school’s daily operations. Since construction is often carried out while schools remain in operation, proper site management is essential to ensure that teaching and learning activities are not affected and that a safe environment is maintained.

In terms of learning comfort, the system also provides excellent thermal and sound insulation. IBS V-Plus Smart Wall helps reduce heat transfer from the outside, lowering the indoor temperature of classrooms and creating a cooler and more comfortable learning environment for students. Its sound insulation properties also help reduce external noise, enabling teachers to conduct lessons more effectively while allowing students to concentrate without distractions.
In conclusion, the use of IBS V-Plus Smart Wall in the construction of additional classroom buildings provides a practical and effective solution to meet the growing needs of school infrastructure development in Malaysia. With advantages such as faster installation, labour cost savings, and a more comfortable classroom environment, the IBS V-Plus Smart Wall system continues to gain recognition and is increasingly being adopted in school construction projects across the country.



