kelebihan dan kekurangan rumah ibd di malaysia

PEMBINAAN RUMAH IBS DI MALAYSIA. APAKAH KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA ?

Apakah kelebihan dan kekurang membina rumah dengan menggunakan sistem IBS di Malaysia ? Sebelum itu kita kena tahu dahulu apakah itu IBS ?

IBS (Industrialised building system) adalah satu sistem pembinaan menggunakan komponen yang siap dibina separa dikilang secara terperinci mengikut piawaian yang ditetapkan seperti dinding, tiang, lantai dan juga kekuda besi yang kemudiannya akan di hantar ke tapak pembinaan mengikut plan yang telah siap di kira oleh kontraktor IBS contohnya seperti AZ Mega PLus Group.

Terdapat banyak jenis IBS di Malaysia mengikut pada penggunaan dan keadaan yang bersesusaian dalam pembinaan. Sistem IBS merupakan satu kaedah atau alternatif teknologi pembuatan dan pengeluaran bagi menggantikan kaedah konvensional.

Dengan penggunaan sistem IBS, rumah akan menjadi lebih sejuk, berkualiti dan tahan haba berbanding batu bata. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan pembinaan rumah menggunakan IBS :-

KELEBIHAN PENGGUNAAN SISTEM IBS :

1) Penjimatan Kos
– IBS mampu memberi penjimatan sehingga 25% kos keseluruhan projek . Penjimatan ini

berlaku kerana tenaga kerja yang digunakan di tapak bina dapat dikurangkan disamping mengurangkan bahan mentah binaan. Secara langsung sisa binaan dapat dikurangkan dan menjadikan sistem IBS lebih mesra alam.

2) Penjimatan Masa
– AZ Mega Plus Group Sdn Bhd pernah menyiapkan rumah sepantas 5minggu menggunakan

teknologi IBS MeGGa (Sandwich Panel). Pembinaan komponen dinding sepenuhnya menggunakan teknologi IBS. Pemasangan dinding yang hanya mengambil masa 4 hari sahaja untuk siap sepenuhnya sebelum peringkat kerja pemasangan atap.

3) Berkualiti tinggi
– IBS merupakan komponen yang diselia dan disemak kualiti (QC) terlebih dahulu sebelum

dihantar ditapak. Untuk pengetahuan , komponen IBS yang dikeluarkan perlu mendapatkan kebenaran khas dari badan autoriti seperti CIDB. Komponen IBS yang dikeluarkan ada sijil kelulusan seperti SIRIM, BOMBA, dan lain lain pastinya selamat untuk digunakan.

KEKURANGAN PENGGUNAAN SISTEM IBS:

Memandangkan Malaysia sedikit kebelakang berbanding negara luar dalam pembangunan IBS, isu kekurangan tenaga buruh mahir dalam sistem IBS menjadi salah satu isu. Ketidakmahiran dalam pengurusan dan pembinaan sistem IBS akan menjadikan rumah bakal terbengkalai dan menjejaskan kualiti binaan.

Rumah yang dibina menggunakan sistem IBS kurang sesuai untuk renovasi terutamanya bahagian depan dan belakang rumah. Dari segi kos walaupun sistem IBS lebih jimat, namun ia terpakai untuk sebuah kediaman rumah atau lebih. Bagi ubah suai serta penambahan ruang mungkin akan melibatkan kos lebih berbanding konvensional.

Untuk dimasa hadapan, diharapkan sistem binaan IBS menjadi satu penerimaan yang terbuka bagi rakyat Malaysia supaya dapat mendiami rumah yang lebih berkualiti dan jimat berbanding kaedah sedia ada.

Bagi anda kontraktor atau pemilik rumah yang nak bina rumah menggunakan panel wall IBS MeGGa ni, boleh tinggalkan detail untuk kami hubungi di KLIK SINI , kami sedia bantu dari A to Z atau boleh terus wasap kami dengan menekan logo whatsapp di website kami untuk menghubungi wakil dari Syarikat Az Megaplus Group.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *