PEMBINAAN PAGAR MENGGUNAKAN IBS V-PLUS BIG BLOCK
Pagar memainkan peranan dalam memberikan perlindungan dan privasi kepada pemilik rumah. Pemilihan sistem pembinaan yang sesuai penting bagi memastikan pagar yang dibina mempunyai struktur yang kukuh dan kemas. Bagi memenuhi keperluan tersebut, IBS V-Plus Big Block boleh digunakan untuk pembinaan pagar secara teratur dan praktikal.
Dengan menggunakan IBS V-Plus Big Block yang bersaiz 1500 mm Γ 600 mm Γ 100 mm (T), pagar dapat dibina mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Saiz blok yang lebih besar ini dapat mengurangkan jumlah blok yang diperlukan. Di samping itu, susunan blok yang kemas dan sistematik juga menghasilkan struktur pagar yang lebih kukuh dan stabil. Pemasangan secara berperingkat mengikut rancangan yang ditetapkan juga memudahkan kerja pembinaan dijalankan dengan lebih teratur serta memastikan setiap bahagian pagar dibina mengikut ukuran yang diperlukan. Selain itu, penggunaan IBS V-Plus Big Block untuk pembinaan pagar dapat memberikan permukaan pagar yang lebih rata dan sekata. Keadaan ini membantu menghasilkan penampilan pagar yang lebih cantik serta memudahkan kerja-kerja kemasan dilakukan mengikut keperluan projek.

Di samping itu, cara pemasangan pagar menggunakan IBS V-Plus Big Block adalah sama seperti kaedah pembinaan konvensional, iaitu seperti ikatan bata. Blok disusun secara berselang-seli menggunakan kaedah stretcher bond bagi menghasilkan susunan yang lebih teratur. Setiap sambungan antara Big Block kemudiannya diisi dengan simen gam (adhesive cement) untuk memastikan blok dipasang dengan kemas dan stabil. Seterusnya, besi R6 turut digunakan pada sambungan Big Block bagi membantu mengukuhkan ikatan antara blok. Selain itu, pembinaan pagar secara menegak juga boleh di lakukan berdasarkan ketinggian pagar yang bersesuaian (ketinggian pagar 5 kaki). Hal ini jelas menunjukkan pembinaan pagar menggunakan IBS V-Plus Big Block mudah, cepat dan lebih efektif.
Kesimpulannya, penggunaan IBS V-Plus Big Block untuk pembinaan pagar dapat membantu menghasilkan pagar yang kemas, rata dan kukuh. Selain digunakan untuk pembinaan dinding rumah, IBS V-Plus Big Block juga boleh digunakan pada struktur luaran seperti pagar bagi menghasilkan pembinaan yang lebih praktikal dan teratur.

FENCE CONSTRUCTION USING IBS V-PLUS BIG BLOCK
Fences are crucial in providing protection and privacy to homeowners. Therefore, choosing a suitable construction system is essential to ensure the fence has a strong and proper structure. IBS V-Plus Big Block can be used as one of the options for fence construction to meet these requirements.
By using IBS V-Plus Big Block, which has a size of 1500 mm Γ 600 mm Γ 100 mm (H), the fence can be constructed according to the planned layout. The larger block size can help reduce the number of blocks required, and the neat and systematic arrangement of the blocks helps to create a stronger and sturdier fence structure. Installing the blocks progressively according to the planned arrangement also allows the construction work to be carried out in a more organised way while ensuring that each section of the fence is built according to the required dimensions. Furthermore, using IBS V-Plus Big Block for fence construction can provide a neat and even surface. This helps create a stunning fence architecture while making the finishing work easier to carry out according to the project requirements.

In addition, the installation method for a fence using IBS V-Plus Big Block is similar to conventional construction methods, such as bricklaying. The blocks are arranged in an alternating pattern using the stretcher bond method to achieve a more systematic arrangement. Each joint between the Big Blocks is then filled with adhesive cement to ensure that the blocks are securely and stably installed. In addition, R6 reinforcement bars are used at the Big Block joints to help strengthen the bond between the blocks. Other than that, the fence can also be built vertically, based on the appropriate fence height (5 feet). This shows that fence construction using the IBS V-Plus Big Block is easy, fast and more effective.
In conclusion, the use of IBS V-Plus Big Block for fence construction can help produce a fence that is neat, even and sturdy. Aside from house construction, IBS V-Plus Big Block can also be applied to external structures such as fences, which proves that this system does provide a more practical and organised construction solution.



