LAWATAN DI TAPAK DARI TEAM TEKNIKAL BAGI PEMERIKSAAN PROJEK PEMBINAAN BILIK DARJAH TAMBAHAN BAGI TAHUN 2027 MENGGUNAKAN IBS V-PLUS SMART WALL
Lawatan team teknikal ke tapak projek pembinaan tambahan bilik darjah bagi tahun 2027 merupakan salah satu langkah penting untuk melihat perkembangan projek, di samping memastikan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan memenuhi keperluan dan piawaian yang ditetapkan sebelum projek disiapkan sepenuhnya.
Projek ini menggunakan IBS V-Plus Smart Wall yang dapat mempercepatkan kerja pemasangan dengan kaedah yang lebih sistematik, serta memendekkan tempoh keseluruhan pembinaan. Selain itu, IBS V-Plus Smart Wall sesuai digunakan untuk projek di sekolah yang masih beroperasi kerana proses pemasangannya yang lebih mudah berbanding kaedah konvensional dapat mengurangkan gangguan bunyi semasa kerja pembinaan. Di samping itu, IBS V-Plus Smart Wall juga menjadikan persekitaran bilik darjah lebih selesa kerana mempunyai kelebihan penebat haba dan bunyi yang tinggi. Strukturnya yang kukuh dan kadar serapan air yang rendah juga menjadikan sistem ini sesuai digunakan untuk pembinaan bilik darjah yang memerlukan aspek keselamatan, ketahanan dan keselesaan yang tinggi.

Kesimpulannya, lawatan dan pemeriksaan oleh team teknikal memainkan peranan penting dalam memastikan setiap peringkat pembinaan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mengikut perancangan yang ditetapkan. Dengan ini, projek pembinaan tambahan bilik darjah diharapkan dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang dan sedia digunakan bagi sesi persekolahan tahun 2027.

SITE VISIT BY THE TECHNICAL TEAM FOR INSPECTION OF THE 2027 ADDITIONAL CLASSROOM CONSTRUCTION PROJECT USING IBS V-PLUS SMART WALL
The technical team’s site visit to the 2027 additional classroom construction project is an important step in ensuring that the construction work is carried out according to the planned schedule. The visit was conducted to review the progress of the project while ensuring that the construction work meets the required requirements and standards before the project is fully completed.
The project uses IBS V-Plus Smart Wall, which can accelerate the installation process through a more systematic method and help shorten the overall construction period. In addition, the use of IBS V-Plus Smart Wall is highly suitable for construction projects in schools that are still in operation, as the installation work can help reduce noise disturbances during learning sessions. Furthermore, IBS V-Plus Smart Wall provides a more comfortable classroom environment due to its high thermal and sound insulation properties. Other than that, its strong structure and low water absorption rate also make this system suitable for classroom construction where safety, durability and comfort are important considerations.

In conclusion, the technical team’s site visit and inspection play an important role in ensuring that each stage of construction can be carried out smoothly and according to the planned schedule. Therefore, the additional classroom construction project is expected to be completed within the planned timeframe and ready for use in the 2027 school session.



