KOLABORASI AZ MEGA PLUS GROUP DAN KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL (KOPENAS)

Berita baik untuk semua, Alhamdulillah, AZ Mega Plus Group telah menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (KOPENAS) pada 28 April 2024 yang lalu.

Untuk makluman semua, Koperasi Perkhidmatan Nasional (KOPENAS) merupakan koperasi kredit yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan serta menitikberatkan hal – hal kebajikan para anggota KOPENAS yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara pembiayaan yang dijalankan oleh KOPENAS termasuk pembiayaan peribadi, hartanah/bercagar, kenderaan, kecemasan & kesihatan, barangan pengguna, usahawan, lawatan/umrah/ziarah dan juga dari segi pendidikan.

Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama di antara KOPENAS dan Syarikat AZ Mega Plus Group Sdn Bhd telah diadakan ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 dan Majlis Penyampaian Insentif Kakitangan Kopenas Tahun 2023 (2.0) yang bertempat di Restoran Rebung Chef Dato’ Ismail pada 28 April yang lalu. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Encik Jumat Bin Mat Lani, Pengerusi KOPENAS Berhad bersama Encik Badrul Hisyam bin Mohd Zamri. Semoga dengan terwujudnya kerjasama ini, akan meningkatkan lagi potensi bagi kedua – dua belah pihak.

NAK TAHU LEBIH DETAIL

Anda Kontraktor dan nak kami bantu anda, hubungi kami segera

WHATSAPP  : https://wasap.my/60193480177/WebAZ

FACEBOOK :  https://www.facebook.com/azmpg
https://www.facebook.com/vpluspanel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *