ERA IBS – PROGRAM TEKNIKAL KHAS BUAT KONTRAKTOR
Khas buat kontraktor yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknikal pemasangan V – Plus Panel, Syarikat AZ Mega Plus telah mengadakan program teknikal yang diberi nama Era IBS. Program ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada semua kontraktor lama ataupun yang ingin mula berjinak – jinak dengan kaedah pembinaan menggunakan IBS. Mengumpulkan kontraktor dari seluruh Malaysia, program ini dijalankan secara atas talian melalui platform ZOOM.
Era IBS akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai panel wall V – Plus Panel terutamanya dari segi material dan juga kaedah pemasangan panel yang betul. Dikendalikan oleh dua speaker iaitu En Husni, Founder AZ Mega Plus dan juga En Bad, Project Manager AZ Mega Plus, program ini turut membuka ruang buat kontraktor untuk bertanyakan soalan – soalan mereka terutama dari segi teknikal dan juga kelebihan V – Plus Panel kepada kontraktor dan juga tuan rumah.
Program ini diadakan sebulan sekali dan merupakan program yang bermanfaat khas buat kontraktor yang ingin beralih ke arah kaedah pembinaan IBS menggunakan V – Plus Panel.
NAK TAHU LEBIH DETAIL
Anda Kontraktor dan nak kami bantu anda, hubungi kami segera
WHATSAPP : https://wasap.my/60193480177/WebAZ
FACEBOOK : https://www.facebook.com/azmpg
: https://www.facebook.com/vpluspanel