rumah-pasang-siap-ibs-megga

Rumah Pasang Siap Terkini Malaysia

Rumah Pasang Siap ini salah satu sistem pembinaan rumah atau bangunan yang dinamakan Sistem Bina Berindustri atau lebih popular dengan panggilan Rumah IBS (Industrialised Building System). Komponen ini meliputi rasuk, tiang, lantai, dan juga dinding.

Rumah jenis ni menggunakan komponen2 prapasang dan disiapkan separa di kilang dalam keadaan terkawal dan diselia terlebih dahulu sebelum dihantar ke tapak bina yang kemudiannya akan di pasang mengikut plan pembinaan yang telah di rangka.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan pemaju menggunakan IBS dalam sektor perumahan bagi mengurangkan harga rumah. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), kadar penerimaan IBS dalam projek swasta kini berada pada tahap 35% dan 50% menjelang tahun 2020.

Terdapat 5 kategori IBS iaitu konkrit pratuang, kerangka keluli, kerangka kayu, sistem blok dan sistem acuan.

Konkrit Pratuang

rumah-pasang-siap-konkrit-pratuang

Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus dipasang.Biasanya bahagian konkrit siap tuang di bawa ke tapak bina pada peringkat-peringkat yang tertentu dan ia dibina dengan cepat tanpa pemasangan acuan, keluli tetulang, pembancuhan dan pengangkutan konkrit ke tapak bina. Kerja-kerja siap tuang dijalankan biasanya di tempat-tempat yang bekalan bahan dan tenaga mahir mudah didapati.

Krangka Keluli

Sistem kerangka keluli ini sering digunakan dalam pembinaan komponen pada bumbung seperti kerangka kekuda bumbung. Ini kerana, jenis bahan binaan yang ringan dan murah. Keluli struktur ini juga sesuai digunakan dalam pembinaan bangunan tinggi dan kebiasaannya selalu digunakan dengan panel papak dan dinding konkrit pratuang didalam penghasillan struktur hibrid dengan masa yang cepat. Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam pembuatan.

Kerangka Kayu

Sistem kerangka kayu pasang siap ini jarang digunakan di Malaysia. Sistem ini selalu digunakan pada bahagian struktur bumbung dan panel fram(glulam). Kelebihan sistem kerangka kayu pasang siap(glulam) ini adalah reka bentuk kerangka yang tidak terhad jadi, kerangka ini dapat di reka dengan nilai aspek estetika berbanding jenis sistem yang lain.

Sistem Blok

rumah-pasang-siap-sistem-blok

Sistem Blok adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit pratuang. Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan juga berbusa. Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif dengan lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan mempunyai darjah toleransi yang tinggi.

Sistem Acuan

reusbale

Sistem acuan ini dilakukan dengan cara proses pembinaan yang sistematik dan berasaskan mekanikal. Sistem ini menggunakan panel acuan yang boleh digunakan semula, secara tidak langsung pembinaan konkrit in-situ dapat dipertingkatkan. Kelebihan sistem ini juga dapat dilihat dari aspek kelestarian atas alasan guna semula panel acuan. Ia mempercepatkan proses pembinaan melalui perlerakan konkrit dengan pantas. Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan memastikan pergerakan dan kitaran pengkonkritan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *