Cara renovasi kaedah konvensional sudah diyakini orang ramai disebabkan cara tersebut sudah digunakan sejak dulu. Oleh sebab itu, kekukuhan dan kestabilan satu binaan menggunakan cara konvensional tidak diragui oleh masyarakat. Berbanding kaedah konvensional, kaedah pembinaan menggunakan bahan Industrialised Building System (IBS) memerlukan satu kesedaran baru kepada masyarakat di Malaysia.
Ini adalah kerana walaupun sistem binaan menggunakan kaedah IBS sudah lama bertapak di Malaysia, namun ia tidak digunakan secara meluas oleh orang ramai. Ini adalah kerana ramai orang kurang mengambil tahu akan apa itu IBS, kebaikan penggunaan IBS MeGGa dan juga fungsinya dalam pembinaan.
Sekiranya sesebuah rumah tersebut dibina melalui kaedah konvensional dan proses renovasi menggunakan panel IBS MeGGa, ia perlu dilekatkan pada struktur binaan awalan. Ini adalah untuk menjadikan percantuman construction joint lebih kuat. Kaedah yang diguna pakai oleh kontraktor mungkin sedikit berlainan bergantung kepada struktur serta reka bentuk rumah yang asal.
Tetapi yang paling bagus adalah KOS MASA, BAHAN dan UPAH menjadi lebih jimat dan cepat berbanding menggunakan kaedah konvensional.
Jika anda merancang untuk renovasi atau mengubah suai bentuk rumah sedia ada jangan melepaskan peluang untuk menggunakan kaedah teknologi baru ini dengan Bahan IBS Megga dari Az Mega Plus Group. Team kami akan pastikan kualiti yang cantik serta tempoh renovasi yang lebih cepat.
Sila tinggalkan detail untuk kami hubungi di KLIK SINI atau whatsapp wakil kami dengan menekan butang whatsapp di bawah website ini. Jangan risau kami sedia bantu dari A to Z tentang renovasi atau pembinaan rumah dengan IBS MeGGA.