PEMBINAAN RUMAH MENGGUNAKAN IBS V-PLUS BIG BLOCK SEMAKIN RANCAK DAN DITERIMA OLEH MASYARAKAT MALAYSIA
Penggunaan sistem IBS V-PLUS Big Block dalam pembinaan rumah di Malaysia semakin meningkat dan menerima penerimaan yang positif daripada masyarakat di Malaysia. Perkembangan ini selari dengan keperluan industri pembinaan masa kini yang menekankan kaedah pembinaan yang lebih efisien, berkualiti dan berdaya saing berbanding kaedah pembinaan konvensional.
IBS V-PLUS Big Block sering digambarkan sebagai “macam bata tapi bukan bata” kerana kaedah pemasangannya yang hampir serupa, namun menggunakan bahan dan teknologi yang lebih maju. Dihasilkan daripada Autoclaved Lightweight Concrete (ALC), Big Block bersaiz lebih besar (5’ x 2’) membolehkan kawasan dinding dipasang dengan lebih pantas. Saiz ini membantu mengurangkan jumlah unit yang digunakan, sekali gus mempercepatkan kerja pemasangan serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang ramai di tapak pembinaan.

Dari segi kualiti dan prestasi, IBS V-PLUS Big Block menawarkan struktur yang kukuh serta ketahanan jangka panjang. Ciri-ciri seperti kadar penyerapan air yang rendah, penebat haba yang baik, dan ketahanan terhadap serangan serangga menjadikannya sesuai untuk pembinaan rumah kediaman di Malaysia yang beriklim panas dan lembap. Selain itu, permukaan blok yang lebih rata memudahkan kerja kemasan, di mana hanya skim nipis diperlukan, seterusnya menjimatkan kos dan masa.
Secara keseluruhan, peningkatan penggunaan IBS V-PLUS Big Block dalam pembinaan rumah membuktikan bahawa sistem ini semakin diyakini dan diterima oleh masyarakat Malaysia. Dengan kelebihan dari segi kelajuan pemasangan, kualiti binaan dan kemasan yang kemas, IBS V-PLUS Big Block terus menjadi alternatif moden yang praktikal dan berkesan dalam menyokong pembangunan perumahan yang lebih efisien dan berkualiti di negara ini.

CONSTRUCTION OF HOUSES USING IBS V-PLUS BIG BLOCK GAINS STRONG MOMENTUM AND ACCEPTANCE IN MALAYSIA
The use of the IBS V-PLUS Big Block system in residential construction across Malaysia continues to increase and has received positive acceptance from the local community. This growing trend is in line with the current needs of the construction industry, which emphasize more efficient, high-quality, and competitive building methods compared to conventional construction approaches.
IBS V-PLUS Big Block is often described as “like bricks, but not bricks” due to its similar installation method, while utilizing more advanced materials and technology. Manufactured using Autoclaved Lightweight Concrete (ALC), the Big Block comes in a larger standard size of approximately (5’ x 2’), allowing wall sections to be installed more quickly. This larger format reduces the number of units required, thereby accelerating installation work and minimizing reliance on a large workforce at the construction site.
In terms of quality and performance, IBS V-PLUS Big Block offers a strong structural system with long-term durability. Features such as low water absorption, good thermal insulation, and resistance to insect attacks make it well-suited for residential construction in Malaysia’s hot and humid climate. In addition, the smoother and more even block surface simplifies finishing works, where only a thin skim coat is required, resulting in savings in both time and cost.
Overall, the increasing adoption of IBS V-PLUS Big Block in housing construction demonstrates that this system is gaining strong confidence and acceptance among Malaysians. With its advantages in installation speed, construction quality, and neat finishing, IBS V-PLUS Big Block continues to serve as a modern, practical, and effective solution in supporting more efficient and high-quality residential development in Malaysia.



