PEMBINAAN EMPAT (4) BILIK DARJAH ALIRAN PERDANA BAGI SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN MENGGUNAKAN IBS V-PLUS SMART WALL
Keperluan ruang pembelajaran yang mencukupi amat penting untuk memastikan sesi pembelajaran dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa. Seiring dengan keperluan tersebut, satu projek pembinaan empat (4) bilik darjah aliran perdana bagi sebuah sekolah di Negeri Sembilan sedang dilaksanakan dengan menggunakan sistem IBS V-Plus Smart Wall bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan mengikut keperluan projek.
Pembinaan di kawasan sekolah memerlukan pengurusan yang baik bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan tidak mengganggu sesi pembelajaran yang berlangsung di sekolah. Dengan IBS V-Plus Smart Wall, kerja-kerja pemasangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan membantu memendekkan tempoh kerja di tapak. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan kawasan kerja yang lebih teratur kerana proses pemasangannya yang lebih tersusun serta mengurangkan keperluan untuk menyimpan bahan binaan dalam kuantiti yang banyak. Hal ini memastikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat berlangsung dalam persekitaran yang lebih kondusif.

Di samping itu, dari aspek keselesaan, IBS V-Plus Smart Wall turut mempunyai ciri yang sesuai seperti penebat haba dan bunyi yang tinggi untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih selesa. Ciri penebat haba pada sistem ini membantu mengurangkan pemindahan haba dari persekitaran luar ke ruang dalaman, manakala ciri penebat bunyi membantu mengurangkan kemasukan bunyi dari luar. Ciri-ciri ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih tenang serta memberikan keselesaan kepada guru dan pelajar sepanjang sesi persekolahan.
Kesimpulannya, penggunaan IBS V-Plus Smart Wall bagi pembinaan empat (4) bilik darjah aliran perdana di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa teknologi IBS boleh menjadi pilihan yang praktikal dalam memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur pendidikan. Dengan proses pemasangan yang lebih sistematik, tempoh pembinaan yang lebih efisien serta ciri yang menyokong keselesaan ruang belajar, IBS V-Plus Smart Wall dapat membantu menghasilkan kemudahan bilik darjah yang sesuai dengan keperluan sekolah.

THE CONSTRUCTION OF FOUR (4) CLASSROOMS FOR A SCHOOL IN NEGERI SEMBILAN USING IBS V-PLUS SMART WALL
Having comfortable learning spaces is essential to ensure that teaching and learning sessions can be carried out in a conducive environment. In line with this need, a construction project involving four (4) mainstream classrooms for a school in Negeri Sembilan is underway using the IBS V-Plus Smart Wall system to ensure that the construction works can be executed according to the project requirements.
Construction within an operating school requires proper management to ensure that the ongoing works do not disrupt any learning activities. With IBS V-Plus Smart Wall, the installation works can be done faster, helping to shorten the duration of on-site work. In addition, it helps maintain a more organised work area with its systematic installation process while reducing the need to store large quantities of construction materials, allowing teaching and learning activities can still be done in a conducive environment.

In terms of comfort, IBS V-Plus Smart Wall also features high thermal and sound insulation properties that help create a more comfortable classroom environment. The thermal insulation properties of the system help reduce heat transfer from the external environment into the interior, while its sound insulation properties help reduce the intrusion of external noise. These features help create a quieter learning environment while providing greater comfort for teachers and students throughout the school day.
In conclusion, the use of IBS V-Plus Smart Wall in the construction of four (4) mainstream classrooms in Negeri Sembilan demonstrates how IBS technology can serve as a practical option for meeting the needs of educational infrastructure development. With a more systematic installation process, improved construction efficiency, and features that support the comfort of learning spaces, IBS V-Plus Smart Wall can help provide classroom facilities that meet the needs of schools.



