PROGRESS PEMBINAAN 2 BLOCK BAGI LIMA (5) BILIK DARJAH TAMBAHAN ALIRAN PERDANA DI SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR

PROGRESS PEMBINAAN 2 BLOCK BAGI LIMA (5) BILIK DARJAH TAMBAHAN ALIRAN PERDANA DI SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR

Projek pembinaan dua block bagi lima (5) bilik darjah tambahan aliran perdana di sebuah sekolah di negeri Selangor menunjukkan perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. Penggunaan IBS V-Plus Smart Wall dalam projek ini dapat memastikan setiap peringkat kerja pembinaan dapat dilaksanakan secara teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Untuk perkembangan terkini di tapak, kerja-kerja pemasangan IBS V-Plus Smart Wall telah selesai dilaksanakan. Proses pembinaan kini diteruskan ke peringkat seterusnya untuk melengkapkan struktur bangunan. Setiap peringkat kerja dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan perjalanan projek dapat diteruskan dengan lancar. Dari segi pelaksanaan kerja di tapak, IBS V-Plus Smart Wall mempunyai kaedah pemasangan yang lebih tersusun yang dapat memudahkan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, IBS V-Plus Smart Wall juga dapat membantu mengoptimumkan tempoh kerja di tapak dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh yang banyak berbanding kaedah pembinaan konvensional. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos pembinaan, khususnya dari segi penggunaan tenaga buruh.

Di samping itu, IBS V-Plus Smart Wall turut mempunyai ciri yang menyokong kualiti dan ketahanan binaan untuk penggunaan jangka panjang. Sistem ini mempunyai kadar serapan air yang rendah serta keupayaan penebat haba dan bunyi yang dapat menyokong keselesaan ruang dalaman. Untuk pembinaan bangunan sekolah, ciri-ciri ini amat sesuai untuk mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih selesa dengan mengurangkan gangguan bunyi dan haba dari luar bilik darjah.

Kesimpulannya, perkembangan pembinaan dua block bagi lima (5) bilik darjah tambahan aliran perdana di Negeri Selangor terus menunjukkan perkembangan yang positif mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Sepanjang pelaksanaan projek ini, penggunaan IBS V-Plus Smart Wall turut membantu memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan teratur, di samping menawarkan ciri yang bersesuaian dengan keperluan ruang bilik darjah.

PROGRESS OF THE CONSTRUCTION OF TWO BLOCKS FOR FIVE (5) ADDITIONAL CLASSROOMS AT A SCHOOL IN SELANGOR

The construction project involving two blocks for five (5) additional mainstream classrooms at a school in Selangor has shown positive progress over time. The use of IBS V-Plus Smart Wall in this project helps ensure that each stage of the construction work is carried out systematically according to the planned schedule.

As for the latest progress on site, the installation of IBS V-Plus Smart Wall has been completed. The construction process is now proceeding to the next stage to complete the building structure. Each stage of the work is carried out progressively to ensure that the project continues to move forward smoothly. In terms of on-site implementation, the systematic installation of IBS V-Plus Smart Wall helps to facilitate the construction process. In addition, IBS V-Plus Smart Wall can help optimise the duration of on-site work and reduce reliance on a large workforce compared to conventional construction methods, which indirectly reduces the construction costs, particularly in terms of labour requirements.

Other than that, IBS V-Plus Smart Wall also offers features that support the quality and durability of the construction for long-term use. The system has a low water absorption rate, as well as heat and sound insulation capabilities that can contribute to greater indoor comfort. For school building construction, these features are perfect for creating a more comfortable learning environment by helping to reduce external noise and heat from entering the classrooms.

In conclusion, the construction progress of two blocks for five (5) additional mainstream classrooms in Selangor continues to show positive progress according to the plan. Throughout the implementation of this project, the use of IBS V-Plus Smart Wall also helps ensure that construction work is carried out in a more systematic and organised manner, while offering features that are suitable for the needs of classroom spaces.

Β 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *