SESI BIMBINGAN DAN PANDUAN PEMASANGAN IBS V-PLUS BIG BLOCK BAGI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA
Bagi menyokong pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), pasukan teknikal dari AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi bimbingan dan panduan pemasangan IBS V-Plus Big Block untuk memberikan latihan teknikal, pendedahan serta penerangan secara berperingkat kepada kontraktor dan pemaju yang terlibat. Sesi ini turut mencerminkan komitmen syarikat AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. dalam membantu golongan sasar PPRS memiliki kediaman yang lebih selamat, selesa dan kondusif, sesuai dengan objektif program dalam menyediakan bantuan perumahan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Melalui sesi ini, para kontraktor dan tukang diberikan penerangan mengenai setiap peringkat pemasangan, bermula daripada persediaan tapak, penyusunan blok, penggunaan simen gam, kaedah locking dan kerja-kerja kemasan pada sambungan blok. Di samping itu, pasukan teknikal AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. turut mengadakan demonstrasi secara langsung bagi memberi pemahaman yang lebih jelas tentang teknik pemasangan IBS V-Plus Big Block, sekaligus membantu kontraktor dan tukang mengendalikan sistem ini dengan lebih yakin dan berkesan di tapak pembinaan.

Melalui penggunaan IBS V-Plus Big Block serta penerapan kaedah pemasangan yang betul, proses pembinaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tersusun, di samping membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja serta mengawal kos pembinaan. Dengan adanya bimbingan teknikal yang berterusan, AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. berharap pelaksanaan projek di bawah PPRS dapat berjalan dengan lebih lancar serta menyumbang kepada penyediaan kediaman yang selamat dan selesa untuk golongan yang memerlukan.

GUIDANCE AND INSTALLATION TRAINING SESSION FOR IBS V-PLUS BIG BLOCK UNDER THE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA
To support the implementation of the Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. conducted a guidance and installation training session for IBS V-Plus Big Block to provide technical training, practical exposure and step-by-step guidance to the contractors and developers involved. The session also reflects AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd.’s commitment to helping PPRS beneficiaries obtain safer, more comfortable and conducive homes, in line with the programme’s objective of providing housing assistance to low-income and extremely poor communities.
Throughout the session, contractors and construction workers were guided through every stage of the installation process, beginning with site preparation, block arrangement, the application of adhesive cement, the locking method and the finishing works at the block joints. In addition, the AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. technical team conducted live demonstrations to provide participants with a clearer understanding of the correct installation techniques, enabling them to apply the IBS V-Plus Big Block system with greater confidence and efficiency on site.

By combining the use of the IBS V-Plus Big Block with proper installation practices, construction work can be carried out more quickly and systematically, helping to optimise labour utilisation and better manage construction costs. Through its continuous technical guidance and support, AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. is committed to ensuring the smooth implementation of PPRS projects and contributing to the delivery of safe, comfortable and quality homes for communities in need.



