Dari sudut psikologi, warna dapat memberi impak kepada mood seseorang. Oleh itu, pemilihan warna amat penting untuk memilih warna yang terbaik kerana warna yang terbaik membantu menonjolkan aura positif atau karakter istimewa diri anda.
KUNING
– Warna yang membangkitkan mood dan membuatkan seseorang itu cinta dan aktif
– Menyalurkan pencahayaan yang baik
– Memberi kesan ruang yang luas
MERAH
-Warna yang meningkatkan adrenaline yang paling tinggi
– Warna membuatkan lebih bersemangat,membangkitkan selera makan sekaligus mewakili suasana romantis dan sensual
BIRU
-Warna biru amat sesuai untuk bilik tidur kerana warna yang tenang
– Warna lembut mampu mengurangkan tekanan darah serta membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat
– Warna yang produktif serta kreatif
KELABU / NEUTRAL
– Warna fleksibel dan mudah dipadankan dengan warna lain
– Sesuai untuk semua jenis ruang dalaman
HIJAU
– Warna yang serasi dengan warna tenang atau sejuk
– Tona yang sinonim bagi pencinta alam semulajadi
– Memberikan suasana yang tenang untuk ruangan dapur
– Untuk ruang tamu ianya menyemarakkan suasana hangat bagi mengeratkan hubungan
– Warna yang membantu mengurangkan stres
MERAH JAMBU
– Biasanya menjadi pilihan untuk bilik anak perempuan
– Warna yang dapat meredakan rasa marah dan agresif
– Digalakkan mengimbangi dan kombinasikan dengan warna hitam, putih dan kelabu
UNGU
– Melambangkan kemewahan kerana dikaitkan dengan warna diraja
– Menonjolkan rasa romantik, misteri dan aura mewah serta sofistikated
– Damai dan rileks