SISTEM LOCKING DALAM PEMASANGAN IBS VPLUS PANEL
Dalam sistem pembinaan IBS V-Plus Panel, kestabilan dan ketepatan sambungan antara panel adalah sangat penting bagi menjamin struktur bangunan yang kukuh dan tahan lama. Oleh itu, sistem pemasangan V-Plus Panel disokong dengan tiga jenis teknik locking yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sambungan setiap panel:
1. Locking V-Plus at Bottom
Besi Y10 berbentuk β7β dimasukkan ke dalam tapak besi khas di sambungan antara panel dan slab konkrit. Fungsi: Menstabilkan panel dari bawah dan memastikan ia berdiri tegak sebelum kerja grouting dijalankan.
2. Stapler Locking
Plat penyambung khas (stapler plate) dipasang secara melintang antara sisi panel dan dikukuhkan dengan besi R6. Fungsi: Mengukuhkan sambungan sisi dan memastikan panel kekal dalam kedudukan yang betul semasa pemasangan.
3. Locking V-Plus at Top
Besi Y10 lurus dipasang di bahagian atas sebelum konkrit beam dituangkan. Fungsi: Memberi sokongan tambahan dan mengukuhkan sambungan keseluruhan panel pada peringkat akhir pemasangan.
Gabungan ketiga-tiga sistem locking ini memainkan peranan penting dalam memastikan pemasangan IBS V-Plus Panel dilakukan dengan lebih lancar, kukuh dan selamat. Ia juga membantu mempercepatkan kerja di tapak, mengurangkan risiko keretakan, serta mengekalkan integriti struktur bangunan dalam jangka masa panjang.
LOCKING SYSTEM IN IBS VPLUS PANEL INSTALLATION
In the IBS V-Plus Panel construction system, the stability and precision of connections between panels are essential to ensure a strong and long-lasting building structure. Therefore, the V-Plus Panel installation system is supported by three types of locking techniques, each playing a key role in reinforcing the panel connections:
1. Locking V-Plus at Bottom
Y10 steel bars bent in a β7β shape are inserted into a special steel base at the joint between the panel and the concrete slab. Function: Stabilises the panel from below and ensures it remains upright before grouting work is carried out.
2. Stapler Locking
A special connecting plate (stapler plate) is installed horizontally between the sides of adjacent panels and reinforced with R6 steel bars. Function: Strengthens the side connections and ensures the panels remain aligned in the correct position during installation.
3. Locking V-Plus at Top
Straight Y10 steel bars are installed at the top of the panel before the concrete beam is poured. Function: Provides additional support and reinforces the overall panel connection at the final stage of installation.
The combination of these three locking systems plays an important role in ensuring that the IBS V-Plus Panel installation is carried out smoothly, securely, and accurately. It also helps to speed up on-site work, minimise the risk of cracking, and maintain the structural integrity of the building in the long term.