SESI BIMBINGAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DI TAPAK PROJEK BAGI PEMASANGAN IBS V-PLUS SMART WALL
Satu sesi bimbingan dan latihan teknikal telah berlangsung di tapak projek di Temerloh, Pahang, melibatkan kontraktor yang memilih gabungan IBS V-PLUS Panel dan IBS V-PLUS Big Block untuk projek pembinaan rumah mereka. Penggunaan kedua-dua sistem ini memberikan penyelesaian yang lebih kukuh, cepat dan efisien dalam keseluruhan proses pembinaan.
Bagi memastikan pemasangan berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang betul, Team AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. turun sendiri ke tapak projek untuk memberikan latihan teknikal secara menyeluruh. Latihan merangkumi teknik pemasangan panel, penyusunan Big Block, kerja skimming, penggunaan aksesori serta penerangan mengenai kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil yang kemas dan berkualiti tinggi.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu kontraktor menguasai teknik pemasangan yang betul, malah memastikan setiap projek menggunakan IBS V-PLUS Smart Wall dapat mencapai ketepatan, ketahanan dan standard pembinaan yang selaras dengan piawaian industri.
Dengan adanya bimbingan terus di tapak, kontraktor lebih yakin untuk meneruskan projek pembinaan dengan lebih teratur, cepat dan efisien. Sistem IBS V-PLUS Smart Wall terbukti mampu memberikan hasil yang berkualiti tinggi sambil memudahkan kerja-kerja pemasangan di tapak.

ON-SITE GUIDANCE & TECHNICAL TRAINING FOR IBS V-PLUS SMART WALL INSTALLATION
A technical training and guidance session was conducted at the project site in Temerloh, Pahang, where the contractor selected a combination of IBS V-PLUS Panel and IBS V-PLUS Big Block for their house construction project. Using both systems provides a faster, stronger, and more efficient building solution.
To ensure smooth installation and full compliance with proper specifications, the AZ Mega Plus Group Sdn. Bhd. team visited the site to provide hands-on technical training. The session covered panel installation techniques, Big Block arrangement, skimming methods, accessory usage, and best practices to achieve neat, precise, and high-quality results.
This guidance not only helps contractors master correct installation methods but also ensures every project built with IBS V-PLUS Smart Wall meets structural standards, durability requirements, and industry expectations.
With on-site training, contractors gain more confidence to carry out the construction process efficiently and accurately. The IBS V-PLUS Smart Wall system continues to prove that modern construction can be faster, cleaner, and more productive without compromising on quality.



