PROGRAM BEYOND YOUR LIMIT (BYL)
Pada 10 September 2025, Program Beyond Your Limit (BYL) anjuran AZ Mega Plus Panel Sdn Bhd telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting. Tujuan program ini diadakan bagi membantu para kontraktor yang ingin meningkatkan pencapaian dan projek mereka dengan strategi perniagaan yang lebih baik, pantas dan berkesan. Antara fokus utama yang dikongsikan dalam program ini termasuklah kepentingan konsistensi dalam strategi, membangunkan struktur serta sistem perniagaan, membina kekuatan mental dalam perniagaan, serta menekankan kepentingan untuk bertahan dalam jangka masa panjang.
Melalui penganjuran program ini, para kontraktor berpeluang memahami bagaimana membina asas perniagaan yang kukuh serta menyesuaikan diri dengan perkembangan industri pembinaan yang semakin mencabar. Pendekatan yang digunakan dalam program ini menekankan aspek inovasi, keberkesanan strategi, dan kekuatan dalaman supaya kontraktor lebih bersedia bertahan serta berkembang dalam jangka masa panjang. Program Beyond Your Limit (BYL) ini membuktikan usaha berterusan AZ Mega Plus Group dalam menyediakan platform pendidikan berasaskan pengalaman sebenar kepada kontraktor yang ingin berkembang dengan lebih strategik dan berdaya saing dalam industri pembinaan masa kini.
PROGRAM BEYOND YOUR LIMIT (BYL)
On 10 September 2025, the Beyond Your Limit (BYL) Program organized by AZ Mega Plus Panel Sdn Bhd was successfully held online via Zoom Meeting. The purpose of this program was to assist contractors in improving their performance and projects with better, faster, and more effective business strategies. Among the main focuses shared during the program were the importance of consistency in strategy, building proper business structures and systems, strengthening mental resilience in business, and emphasizing the importance of long-term sustainability.
Through this program, contractors had the opportunity to learn how to establish a solid business foundation and adapt to the ever-challenging developments in the construction industry. The approach highlighted in this program emphasized innovation, strategic effectiveness, and internal strength, enabling contractors to be better prepared to sustain and grow in the long run. The Beyond Your Limit (BYL) Program reflects AZ Mega Plus Groupβs continuous efforts in providing an educational platform based on real industry experience for contractors who aim to grow strategically and remain competitive in todayβs construction industry.