Jenis Material Kabinet Dapur Yang Anda Perlu Tahu
Anda sebagai surirumah pasti sudah mempunyai gambaran reka bentuk dapur idaman sebelum di design. Tapi, sudah kah anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis material untuk kabinet dapur? Adakah anda sudah tahu jenis material yang anda inginkan?
Untuk memilih jenis material kabinet dapur, para pelanggan hendaklah mengetahui bahan-bahan utama yang berada di pasaran. Terdapat 4 jenis material kabinet dapur untuk membina kabinet dapur iaitu:
1) JENIS MELAMINE ABS
-Pilihan yang murah
-Saiz di pasaran 6’x 8’ x 16 mm
-Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan
-Kerja paling menjimatkan masa
-Sangat berat
-Terdapat 2 jenis iaitu kalis air dan tidak kalis air
-Boleh bertahan 3-5 tahun
2) JENIS PLYNYATOH
-Harga yang mahal
-Kerja yang lama
-Kos yang tinggi – terdapat 3 lapisan iaitu lapisan pertama papan lapis -meranti biasa saiz 3.6mm, lapisan tengah kayu meranti saiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir Papan lapis warna putih saiz 3mm
-Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan. Kebiasaan finishing yang moden menggunakan material Fomika, mica dan lain lain.
-Cepat kering
-Sangat ringan
-Senang dibersihkan
-Boleh bertahan 5 – 10 tahun
3) JENIS BLOCKBOARD
-Kadar ketahanan yang tinggi.
-Harganya mahal daripada plynyatoh sandwich
-Ringan dan kuat.
-Boleh bertahan sehingga 10 tahun
4) JENIS CHIPBOARD
-Menawarkan harga yang paling berbaloi berbanding jenis yang lain
-Mempunyai ciri-ciri anti anai-anai, masalah yang paling sering berlaku -pada kabinet dapur
-Kalis air (tidak kembang kena air), lebih lebih lagi di bahagian sinki
-Jenis high quality wood dengan campuran gam hijau pada kayu
-Kemasan edging menggunakan pvc abs (ditutup rapat mengelakkan air dan serangga perosak daripada masuk)
-Terdiri daripada 2 design, Fomaica dan Melamine corak kayu.
Contoh cabinet jenis Chipboard



Semoga sedikit informasi ini akan memberi sedikit manafaat untuk kita semua.
Berminat untuk dapatkan cabinet?
WEBSITE : azmegaplus.com.my
FACEBOOK : AZ Mega Plus Group
INSTAGRAM : @azmegaplus
TELEGRAM : t.me/azmegaplus
CALL/WHATSAPP : 0129739440
– EVOLUTION YOUR SYSTEM –