TAHNIAH!! KEPADA KONTRAKTOR PPRT
Bagi anda yang baru dapat 1 unit ke, 2 hingga 4 unit ke tak kisah. Yang penting result anda LUAR BIASA yang kami nak tengok dan perhatikan.
Walau dimana anda berada, kami cuba sebaik mungkin. Untuk guide anda dengan teknikal, report, mentoring & monitoring. Even PKP sekarang ni pun, InshaALLAH dengan secara online pun kami cuba usahakan untuk anda.
“Nak cerita sikit pengalaman dengan projek PPRT nihh..”
Setelah setahun lebih dalam pengalaman IBS PPRT bersama kontraktor. Banyak kami dapat feedback dan pengalaman dengan mereka ni. Ada feedback yang kata banyak kos yang membazir, cara pembinaan yang susah lah, komplen itu ini dan sebagainya. Fuhhhh… Mencabar jugak..
Dalam satu masa yang sama, kami cuba lah bawa KELUHAN-KELUHAN mereka ni kepada KPLB. Dan membuat perubahan-perubahan pada pelan sebelum ini yang mana berlaku pembaziran.
ALHAMDULILLAH, setahun kami cuba submit pelan, present kepada KPLB, propose yang terbaru (inovasi) dan bila hasil ini berjaya, dapatlah membantu sedikit beban kontraktor-kontraktor ni.
PELAN KELULUSAN KPLB
Kelebihan-kelebihan dapat endorse kali ini
- Kontraktor dapat tambah sedikit lagi profit keuntungan daripada yang dulu dalam RM2000 keatas.
- Kontraktor boleh buat pilihan penggunaan frame. Yang order special atau di hardware.
- Penukaran ceiling daripada asbestos kepada ceiling gantung.
- Penukaran beam atas menggunakan C-Channel beam sahaja berbanding sebelum ini menggunakan konkrit beam.
“Bagi yang dapat 1 unit, katanya rugi lah sebab banyak kos barang lebih baik dapat 2 – 4 unit nanti boleh cover kos…!”
‘Jangan risau lah bang! Bagi yang baru dapat 1 unit tu, kan dah dapat penjimatan diatas tu. Usah kuatir dongg…’