1️⃣Apa itu IBS?
IBS adalah singkatan kepada teknologi Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System. Ia adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan yang mana komponennya dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau di luar tapak. Ia kemudiannya akan diletakkan dan dipasang di tapak pembinaan. Teknik ini adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak pembinaan di negara ini.
2️⃣Sejarah IBS di Malaysia
Perlaksanaan IBS di Malaysia menggunakan komponen konkrit pasang siap mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1964 dengan pelancaran dua projek pembinaan terawal yang terdiri daripada pembangunan Flat Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur & Flat Rifle Range Road di Pulau Pinang.
3️⃣Kelebihan IBS
Penggunaan IBS menjanjikan kelebihan berbanding sistem konvensional seperti :
👍🏻pengurangan pekerja di tapak
👍🏻pengurangan pembaziran bahan binaan
👍🏻pengurangan bahan binaan di tapak
👍🏻alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih
👍🏻kawalan kualiti lebih baik
👍🏻tapak pembinaan lebih teratur dan selamat
👍🏻serta tempoh pembinaan lebih singkat.
4️⃣Faedah yang diperolehi melalui sistem itu ialah :
✅pengurangan pekerja dan bahan di tapak
✅meminimumkan pembaziran
✅mesra alam
✅meningkatkan produktiviti & kualiti
✅memendekkan masa pembinaan
✅mengurangkan kos
✅menjamin keselamatan di tapak pembinaan.
Sedikit perkongsian semoga ia nya memberi manfaat 🤗
Untuk sebarang pertanyaan & maklumat yang lebih jelas,cepat & pantas boleh ke platform kami :
WEBSITE : www.azmegaplus.com.my
TELEGRAM : t.me/azmegaplus
GOOGLE: AZ Mega Plus
*EVOLUTION YOUR SYSTEM*