PERBEZAAN ANTARA IBS V-PLUS PANEL DAN IBS V-PLUS BIG BLOCK

PERBEZAAN ANTARA IBS V-PLUS PANEL DAN IBS V-PLUS BIG BLOCK

Dalam industri pembinaan moden, penggunaan Industrialised Building System (IBS) semakin mendapat perhatian kerana mampu mempercepatkan tempoh pembinaan, meningkatkan kualiti binaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang ramai. Antara sistem IBS yang menjadi pilihan ialah IBS V-PLUS Panel dan IBS V-PLUS Big Block. Walaupun kedua-duanya diperbuat daripada bahan ringan dan direka untuk mempercepatkan proses pembinaan, setiap produk mempunyai ciri, kaedah pemasangan dan aplikasi yang berbeza mengikut keperluan sesuatu projek.

Perbezaan Dari Segi Dimensi dan Saiz:
Perbezaan paling ketara antara kedua-dua produk ialah saiznya. IBS V-PLUS Panel dihasilkan dalam bentuk panel yang tinggi dengan ukuran standard 3000 mm Γ— 600 mm Γ— 100 mm (T). Saiz ini membolehkan satu panel dipasang terus dari lantai sehingga ke siling atau rasuk.
Sebaliknya, IBS V-PLUS Big Block mempunyai ukuran standard 1500 mm Γ— 600 mm Γ— 100 mm (T). Saiznya adalah separuh daripada ketinggian panel dan direka dalam bentuk blok besar yang menyerupai konsep bata, tetapi dengan dimensi yang jauh lebih besar bagi mempercepatkan proses pemasangan.

Kaedah Pemasangan yang Berbeza:
Selain saiz, kedua-dua produk juga menggunakan teknik pemasangan yang berbeza. IBS V-PLUS Panel dipasang secara menegak. Panel akan dipasang mengikut garisan penandaan daripada lantai sehingga ke bahagian siling atau rasuk. Kaedah ini membolehkan pembinaan dinding dilakukan dengan lebih cepat, terutama bagi bangunan yang mempunyai ketinggian lantai yang standard.
Manakala, IBS V-PLUS Big Block dipasang secara melintang menggunakan teknik stretcher bond, iaitu susunan blok secara berselang-seli seperti konsep pemasangan bata konvensional. Walaupun menggunakan kaedah yang hampir sama dengan bata biasa, saiz blok yang lebih besar membantu mengurangkan jumlah sambungan dan mempercepatkan kerja pembinaan.

Teknik Pengikatan dan Sistem Locking:
Setiap sistem turut menggunakan teknik pengikatan yang berbeza bagi memastikan kekuatan struktur dinding. IBS V-PLUS Panel menggunakan simen pelekat khas pada sambungan panel sebelum diperkukuhkan dengan sistem locking menggunakan besi Y10 dan R6 pada bahagian atas, tengah dan bawah panel. Sambungan turut diperkemas menggunakan steel mesh bagi menghasilkan struktur yang lebih kukuh dan stabil.
Bagi IBS V-PLUS Big Block pula, pemasangan dilakukan menggunakan simen gam disapu pada joint dan dipasang secara melintang mengikut kaedah konvensional batu bata. Sistem locking diperkukuhkan pada bahagian atas menggunakan besi r6 bagi memastikan dinding kekal kukuh selepas pemasangan.


Struktur Material dan Kekuatan:
Dari segi pembinaan dalaman, kedua-dua produk mempunyai reka bentuk yang berbeza. IBS V-PLUS Panel diperkukuhkan dengan BRC steel mesh di dalam panel. Struktur ini memberikan kekuatan tambahan dan membolehkannya digunakan sebagai load bearing wall atau non-load bearing wall, bergantung kepada keperluan reka bentuk bangunan.
Sebaliknya, IBS V-PLUS Big Block dihasilkan sepenuhnya daripada Aerated Lightweight Concrete (ALC). Material ini ringan tetapi padat, menjadikannya mudah dikendalikan semasa pemasangan tanpa menjejaskan kekuatan dinding walaupun tidak menggunakan jaringan besi BRC di dalam blok.

Kesesuaian Mengikut Jenis Projek:
Pemilihan antara IBS V-PLUS Panel dan IBS V-PLUS Big Block bergantung kepada jenis projek yang akan dibina. IBS V-PLUS Panel lebih sesuai digunakan untuk projek berskala besar seperti bangunan tinggi, apartmen, asrama, sekolah, pusat beli-belah, kilang dan struktur industri yang memerlukan dinding dengan kapasiti menampung beban yang lebih tinggi.
IBS V-PLUS Big Block pula menjadi pilihan popular untuk pembinaan rumah kediaman, rumah lot individu, bangunan rendah, pagar kawasan serta kerja-kerja pengubahsuaian. Saiz blok yang besar dan berat yang ringan membantu mempercepatkan pemasangan serta mengurangkan penggunaan tenaga kerja di tapak pembinaan.
Dengan memahami perbezaan antara kedua-dua sistem ini, pemilik projek, kontraktor dan pemaju dapat memilih penyelesaian yang paling sesuai berdasarkan reka bentuk, keperluan struktur dan tempoh pembinaan yang disasarkan.

The Difference Between IBS V-PLUS Panel and IBS V-PLUS Big Block

In today’s modern construction industry, the use of the Industrialised Building System (IBS) has become increasingly popular due to its ability to accelerate construction timelines, improve build quality, and reduce reliance on large workforces. Among the preferred IBS solutions are the IBS V-PLUS Panel and the IBS V-PLUS Big Block. Although both products are manufactured from lightweight materials and are designed to speed up construction, each offers distinct features, installation methods, and applications to suit different project requirements.

Difference in Dimensions and Size:
The most noticeable difference between the two products is their dimensions. IBS V-PLUS Panel is manufactured as a full-height wall panel with a standard size of 3000 mm Γ— 600 mm Γ— 100 mm (T). This allows a single panel to be installed directly from the floor to the ceiling or structural beam.
In contrast, IBS V-PLUS Big Block has a standard size of 1500 mm Γ— 600 mm Γ— 100 mm (T). Measuring half the height of the panel, it is designed as a large-format block that follows the concept of conventional brickwork, but with significantly larger dimensions to speed up the installation process.

Different Installation Methods:
Apart from size, both products utilise different installation techniques. The IBS V-PLUS Panel is installed vertically. Each panel is positioned according to the marked layout line and erected from the floor up to the ceiling or beam. This installation method enables faster wall construction, particularly in buildings with standard floor-to-ceiling heights.
On the other hand, IBS V-PLUS Big Block is installed horizontally using the stretcher bond technique, where the blocks are arranged in a staggered pattern similar to conventional brickwork. Although the installation concept resembles traditional masonry, the larger block size reduces the number of joints, allowing for faster construction.

Bonding Technique and Locking System:
Each system employs a different bonding and locking method to ensure structural integrity. The IBS V-PLUS Panel uses a specially formulated adhesive cement at the panel joints before being reinforced with a locking system using Y10 and R6 reinforcement bars at the top, middle, and bottom sections of the panel. The joints are further strengthened with steel mesh, resulting in a more durable and stable wall structure.
For IBS V-PLUS Big Block, installation is carried out by applying thin-bed adhesive mortar to the joints, with the blocks laid horizontally using the conventional bricklaying method. The locking system is reinforced at the top using R6 reinforcement bars to ensure the wall remains strong and stable after installation.

Material Structure and Strength:
The internal composition of each product is another key difference. The IBS V-PLUS Panel is reinforced with BRC steel mesh embedded within the panel. This reinforcement provides additional structural strength, allowing it to function as either a load-bearing wall or a non-load-bearing wall, depending on the building design requirements.
In comparison, IBS V-PLUS Big Block is manufactured entirely from Aerated Lightweight Concrete (ALC). This material is lightweight yet dense, making the blocks easy to handle during installation while maintaining excellent structural performance, even without internal BRC steel reinforcement.

Suitable Applications:
Choosing between the IBS V-PLUS Panel and the IBS V-PLUS Big Block depends on the type of construction project. The IBS V-PLUS Panel is best suited for large-scale developments such as high-rise buildings, apartments, hostels, schools, shopping malls, factories, and industrial facilities where higher structural load capacity is required.
Meanwhile, IBS V-PLUS Big Block is a popular choice for residential housing, individual landed homes, low-rise buildings, perimeter walls, and renovation projects. Its large block size and lightweight properties help accelerate installation while reducing labour requirements on site.

Understanding the differences between the IBS V-PLUS Panel and the IBS V-PLUS Big Block enables project owners, contractors, and developers to select the most suitable wall system based on project design, structural requirements, and targeted construction timelines. Whether for large-scale commercial developments or residential construction, both IBS solutions provide efficient, high-quality, and modern building systems that contribute to faster project completion and improved construction productivity.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *